Monday, 23 May 2016


Sindrom Asperger
Penghidap Sindrom Asperger dalam film Adam (2009)

Asalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada posting pertama dato pada hari ini dato akan cerita sikit secara santai apa itu  SINDROM ASPERGER?

Sindrom Asperger atau Masalah Asperger merupakan kecacatan spektrum austisma yang dapat mempengaruhi keupayaan berkomunikasi dan sosial seseorang.

Fakta mengenai Sindrom Asperger:

1. Seseorang dengan Sindrom Asperger didapati susah untuk bertindak balas kepada pergerakan badan, mimik muka dan ton suara orang lain sehingga membuatkan mereka selalu keliru dan tertanya-tanya tentang perkara tersebut.

2. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Asperger akan menunjukkan simptom kepada sindrom ini seawal usia setahun

3. Sindrom ini lebih sinonim kepada lelaki berbanding perempuan.

4. Antara simptom kepada sindrom ini ialah minat terlampau terhadap satu-satu perkara, pengucapan yang formal, pengasingan sosial, dan lemah dalam berimiginasi.

5. Penyebab kepada sindrom ini ialah kerana dua faktor iaitu faktor genetik dan persekitaran

6. Setakat ini tiada ubat untuk mengubati sindrom ini namun terdapat beberapa terapi yang dapat meningkatkan keupayaan sindrom ini.

Berdasarkan filem yang dato pernah tonton iaitu film Adam(2009), watak Adam dalam cerita ni digambarkan mempunyai Sindrom Asperger. Jadi daripada situ dato belajar serba sedikit tentang apa itu ciri-ciri bagi penghidap sindrom ni. Yang pertamanya Adam ni seorang yang tak tahu cara nak berkomunikasi secara tak formal dengan orang yang baru dia kenal atau dah lama dia kenal. 



Adam juga seorang yang sangat sangat jujur sehingga bila dia terasa nak cakap sesuatu dia akan cakap je tak kira benda tu patut atau tak patut dia cakap.


Adam tidak boleh menerima sesuatu perubahan secara mendadak dan tidak dapat mengawal emosi  apabila sesuatu yang membuatkan dia tidak selesa dan marah.


Kalau orang sedang bersedih atau gembira dia tak tahu apa yang dia perlu buat. 


Banyak lagi ciri-ciri penghidap sindrom ni yang dapat kita lihat dalam watak Adam. Untuk orang yang visual macam dato, dato suka belajar tentang sesuatu tu secara visual. Contoh dalam bab ni la. Kalau berminat nak tahu tentang tentang Sindrom Asperger ni silalah tengok cerita Adam (2009). Sangat menarik dan banyak informasi. Sekian saja daripada dato, Asalamualaikum

Di bawah ni dato sediakan link untuk download film Adam (2009).